KWSP Sedia Benarkan Pengeluaran Tambahan Ibadat Haji Jika Dibenarkan Kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Hampir RM12 juta dikeluarkan oleh 4,337 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menunaikan ibadat haji sejak diperkenalkan pada 2013.

Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP itu mula diperkenalkan pada hujung 2012 dan pengeluaran bermula Januari 2013.

Pengeluaran yang dibenarkan untuk menunaikan haji adalah daripada Akaun 2 sahaja dengan jumlah maksimum RM3,000.

Ketua Strategis KWSP, Nurhisham Hussein, berkata pihaknya akan mempertimbangkan untuk menaikkan jumlah pengeluaran yang dibenarkan, jika ada permintaan daripada kerajaan.

“Kami maklum, kos menunaikan haji telah meningkat agak tinggi terutama golongan berpendapatan tinggi dan sederhana, dan kita akan pertimbangkan jika ada permohonan untuk menaikkan jumlah pengeluaran haji,” katanya laor BH pada Jumaat.

Isnin lalu, Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata kos ibadat haji naik kepada RM30,850, berbanding RM28,632 tahun lalu.

Bagi jemaah golongan B40, kerajaan bersetuju menanggung kenaikan kadar bayaran berjumlah RM1,000 bagi kategori itu untuk musim haji 1444H/2023M, oleh itu bayaran jemaah muasasah kumpulan itu kekal seperti kadar tahun lalu, iaitu RM10,980.

“Untuk M40 pula, bantuan kewangan yang diberikan 48 peratus. Jadi, mereka hanya perlu bayar RM15,980.

“Bagi kumpulan T20, perlu membayar keseluruhan kos, iaitu RM30,850,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat