Umno kini ‘bangkai’ yang diperalat selamatkan pemimpin bergelumang jenayah – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno didakwa telah gugur daripada perjuangan asalnya dan parti Umno itu sudah tidak ada lagi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malah menegaskan, Umno yang ada hari ini adalah bangkai yang diperalat untuk menyelamatkan pemimpin yang bergelumang dengan jenayah.

“Perlembagaan Umno menyebut dalam Perkara 3.3 “membela Kepentingan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu, Bumiputera, anak Negeri Sabah dan Orang Asli (termasuk) perkara dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tetapi sekarang orang Melayu yang rancang melancarkan proklamasi berkenaan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu pun tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dr Mahathir menjelaskan, proklamasi yang tidak sentuh kaum lain dianggap rasis.

“Jika orang Melayu tidak dibenarkan bincang masalah orang Melayu dan tidak boleh sentuh kaum lain, tidak pun boleh bincang akan ajaran agama Islam, maka akan terhapuslah kebebasan bersuara oleh orang Melayu.

“Apakah ini perjuangan Umno? Apakah ini Umno? Atau apakah Umno sudah diperalat oleh pemimpin yang durjana, yang menjadi Umno alat untuk kepentingan pemimpinnya.

“Wahai ahli Umno, sedarlah. Umno sudah gugur perjuangan asalnya. Parti Umno tidak ada lagi.

“…. Yang ada ialah bangkai yang diperalat untuk menyelamat pemimpin yang bergelumang dengan jenayah,” dakwa beliau.

Sementara itu, Dr Mahathir juga menyebut antara ketetapan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno ialah menzahirkan kebimbangan sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular.

Justeru Umno menggesa Kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat