Lima Pegawai Imigresen Ditahan Berkaitan Kes Seludup PATI

- Advertisement -

TAWAU – Sembilan individu termasuk lima pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) direman bagi membantu siasatan berhubung sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.

Kesemua individu direman bermula Khamis hingga 29 Mac ini selepas Majistret Leona Dominic Mojiliu membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Tawau di sini.

Menurut sumber, lima suspek termasuk dua pegawai wanita yang berusia antara 30 hingga 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang hingga 8.40 malam Khamis di pejabat masing-masing dan ketika hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, empat lagi suspek dipercayai bertindak sebagai ejen PATI dari negara jiran iaitu tiga wanita tempatan berusia antara 37 hingga 48 tahun dan seorang lelaki warga asing berusia 73 tahun ditahan antara jam 3.30 petang hingga 6 petang hari yang sama.

Modus operandi sindiket terbabit ialah setiap PATI atau Pemastautin Sementara yang tidak mempunyai dokumen lengkap atau mempunyai sekatan akan membayar sekitar RM2,500 kepada ejen jika ingin keluar dari Sabah melalui Lapangan Terbang Tawau.

Sindiket itu kemudian akan membekalkan MyKad tulen dan pas masuk menaiki pesawat di atas nama pemilik asal MyKad kepada kumpulan PATI yang menggunakan khidmat mereka.

PATI dari negara jiran terbabit kemudian akan melepasi pemeriksaan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tawau dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selepas bayaran dibuat kepada pegawai penguat kuasa tersebut.

Sementara itu, Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat