Dapur Tempur Ra-Ra lebih meriah, mencabar

- Advertisement -

PROGRAM realiti masakan Dapur Tempur yang disiarkan di TV9 membawakan edisi Dapur Tempur Ra-Ra istimewa sempena Ramadan dan Raya.

Bakal menghiburkan penonton bermula 26 Mac ini, Dapur Tempur Ra-Ra menampilkan lima pasukan duo keluarga selebriti menentang lima pasukan keluarga teratas daripada musim pertama.

Dapur Tempur Ra-Ra dihangatkan dengan penampilan pasangan keluarga selebriti terkenal tanah air seperti pasangan bapa dan anak ‘Bapak Borek Anak Rintik’ (Norman Hakim dan Danish Hakim), pasangan ibu dan anak ‘Hot Chicks’ (Aishah dan Farahdhiya), pasangan kakak dan adik ‘The Sizzling Sisters’ (Umie Aida dan Betty Rahmad), pasangan suami dan isteri ‘Dap Err’ (Bell Ngasri dan Farhana) serta pasangan ibu dan anak ‘Double Trouble’ (Nabila Huda dan Keisha Laila).

Pasangan keluarga selebriti itu akan berentap dengan lima pasukan keluarga teratas daripada musim pertama iaitu pasangan suami isteri ‘Masam Manis’ (Syed Abdul Muiz Syed Zulkifli dan Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal), pasangan kakak dan adik ‘Seketul Rasa’ (Idziatul Shima Samarudin dan Muhammad Hanis Samarudin), pasangan bapa dan anak saudara ‘Pendekar Malaya (Irfan Hariz S Miswandi dan Mohd Haizal Ismail), pasangan ibu dan anak ‘Sudap Sudip (Halifah Jaafar dan Muhammad Ariff Haron) dan pasangan abang dan adik ‘Zest’ (Mohd Hafzy Mohd Yusof Senusi dan Norhaiza Mohd Yusof Senusi).

Program realiti masakan bersiri lima episod ini menampilkan Yasmin Hani sebagai hos, manakala cef selebriti, Datuk Cef Ismail bersama penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang diangkat sebagai juri tetap.

Istimewa musim ini, setiap minggu akan mempertandingkan pasangan finalis Dapur Tempur musim lalu bersama pasangan keluarga selebriti berlainan untuk menyediakan dua hidangan mengikut tema yang diberikan.

Namun, kemahiran memasak mereka diuji dengan pelbagai cabaran menarik untuk menghangatkan lagi medan pertempuran memasak dalam Dapur Tempur Ra-Ra.

Antara cabaran yang perlu dilalui peserta adalah Simpul Kasih di mana peserta perlu memasak dalam keadaan tangan mereka diikat bersama pasangan masing-masing, manakala cabaran Tiru Macam Cef memerlukan peserta menyediakan hidangan yang disediakan oleh Cef Ismail tanpa mengetahui resipinya.

Berasaskan tema yang berkonsepkan aneka juadah makanan sahur, berbuka puasa dan hidangan raya, peserta akan dinilai dari segi rasa, kreativiti serta persembahan hidangan.

Siapakah yang bakal merebut takhta juara Dapur Tempur?

Saksikan Dapur Tempur Ra-Ra setiap hari Ahad, jam 8.30 malam di TV9 atau strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

H Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat