Tangguh dulu promosi lagu raya, fokus imarahkan Ramadan – nasihat Menteri Agama

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, menasihatkan pempengaruh dan penyanyi agar memberi tumpuan kepada pengimarahan Ramadan berbanding mempromosikan lagu raya memandangkan bulan puasa baru sahaja bermula.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Himpunan Asatizah Muda Kebangsaan (Hamka) 2026 di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

“Ramadan baru sahaja bermula. Ayuh kita fokus untuk mengimarahkan Ramadan ini dengan segala amal ibadah, melakukan kebaikan, bersedekah, menolong orang lain.

“Kita fokuskan yang itu. Apa-apa yang lain tu kita tangguh dahulu,” katanya lapor Kosmo! pada Selasa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat