Projek Tebatan Banjir, Jana Wibawa Dibatalkan Gara-Gara Rundingan Terus

KUALA LUMPUR – Projek tebatan banjir RM15 bilion dan Jana Wibawa RM7 bilion yang dibuat secara rundingan terus sebelum
ini telah dibatalkan.

Tegas Perdana Menteri, setelah sebilangannya ditender semula secara telus, negara dijangka boleh jimat sehingga RM3 bilion.

Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, penjimatan besar seperti ini akan diagih semula untuk dimanfaatkan melalui projek rakyat yang lain.

“Kerajaan pada 2019 telah mencadangkan pembentangan Akta Perolehan Kerajaan di Dewan ini, namun telah ditangguhkan sewaktu
pentadbiran Kerajaan lalu. Kerajaan Perpaduan bercadang untuk membentangkan Akta ini segera.

“Selama ini ada orang berasa curiga, takut dan menerima tekanan, apabila ingin memberikan maklumat,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat.

Hal demikian katanya, kerajaan bercadang untuk meminda dan membentangkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat pada tahun ini, bagi melindungi pemberi maklumat supaya agenda membanteras rasuah dan salah laku benar-benar menuaikan
hasil.

“Saya mahu buktikan ada seorang anak Melayu yang menggunakan kuasanya menjaga dan berjuang untuk rakyat negara ini.

“Saya mahu buktikan seorang yang beragama Islam akan dihormati dan dipercayai kerana prinsipnya menegakkan keadilan dan kebenaran,” tegas beliau lagi.

Tambah Anwar, Kerajaan Perpaduan dengan tegas akan melaksanakan reformasi institusi dan tatakelola baik bagi menghapus segala ruang yang boleh mewujudkan amalan rasuah dan penyelewengan yang sistemik.

Menurut beliau, semua agensi Kerajaan termasuk LHDN, SPRM dan PDRM sedang giat menyiasat salah laku rasuah dan termasuk nama-nama yang terkait dalam Pandora Paper.

“LHDN juga akan terus menyiasat kekayaan luar biasa bagi memerangi jenayah rasuah daripada terus membarah.

“Rakyat sudah tidak sabar mahukan perubahan, saya juga tidak sabar untuk lakukan anjakan pembaharuan supaya urusan Kerajaan akan lebih pantas, mudah dan telus,” katanya.

Anwar berkata, pelaksanaan perolehan Kerajaan misalnya, mesti telus dan terbuka berlandaskan tatakelola yang baik.

“Tidak boleh sewenang-wenangnya berlaku pembaziran wang rakyat dan pelanggaran hukum menggunakan kaedah rundingan terus,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat