RM1.2 bilion disalur baiki klinik, sekolah daif

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan untuk menyiapkan dengan kadar segera pembaikan bagi 400 klinik daif dan 380 sekolah daif dengan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak boleh diterima akal bahawa zaman sekarang rakyat masih terpaksa berdepan isu sekolah dan klinik daif.

“Saya tidak mahu perkara ini terus berlarutan. Kalau disebabkan projek lambat siap kerana mematuhi prosedur, apa guna jadi Kerajaan kalau tidak memudah cara.

“Ini perlu segera diselesaikan tahun ini juga,” ujarnya.

Perdana Menteri menegaskan, untuk menyegerakan pelaksanaan projek, had sebut harga perolehan kerja pembaikan sekolah dan klinik daif ditingkatkan kepada RM1 juta berbanding RM500 ribu serta perolehan secara cabut undi kepada RM200 ribu berbanding RM100 ribu,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat.

Terkait hal yang sama, Anwar turut menyentuh isu kemalangan jalan raya yang kian meningkat dan perlu segera ditangani.

Menurut beliau, lebih-lebih lagi jika disebabkan kelemahan prosedur Kerajaan menyelesaikan masalah keselamatan jalan raya.

Susulan itu, kerajaan menyediakan RM2.7 bilion untuk menyelenggarakan dan menaik taraf jalan Persekutuan.

“Dalam masa sama, bagi melaksanakan penyelenggaran kecil, RM300 juta disediakan khusus untuk kontraktor G1 hingga G4.

“Sejumlah RM1.5 bilion juga disediakan bagi menaik taraf dan membina baharu jalan perhubungan desa dan jalan-jalan
luar bandar.

“Bagi isu jalan-jalan berlubang, khidmat Jurutera Daerah akan digunakan untuk menyegerakan penurapan kerosakan jalan
Persekutuan serta pembaikan segera lain berdasarkan aduan rakyat yang diterima,” katanya.

Kata Anwar bagi tujuan itu, kerajaan menyediakan RM100 ribu untuk setiap daerah.

“Sejumlah RM50 juta disediakan untuk segera memasang lampu-lampu jalan khususnya di kawasan berkemalangan
tinggi.

“Kerajaan akan meningkatkan pemberian MARRIS yang bertujuan untuk menyelenggarakan jalan negeri kepada RM5.2 bilion,” kata beliau.

Tambahnya lagi, Kerajaan Persekutuan telah memberi kelonggaran termasuk membenarkan penggunaan MARRIS untuk membaiki dan mengganti jalan, jambatan dan longkang yang rosak akibat bencana.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat