Tiger Woods Cedera, Nahas Kereta Di Los Angeles

- Advertisement -

BINTANG golf Tiger Woods dikejarkan ke hospital di Los Angeles selepas mengalami beberapa kecederaan akibat terlibat dalam kemalangan pada Selasa.

Menurut laporan Reuters, Woods, 45 tahun, berseorangan dalam kereta sport utility vehicle (SUV) yang dinaikinya, dalam nahas kira-kira pukul 7.12 pagi itu.

Memetik Jabatan Sherif Los Angeles, anggota penyelamat dilaporkan terpaksa menggunakan alat ‘jaws of life’ untuk mengeluarkan Woods yang terperangkap di dalam kenderaannya.

“Woods terbabit dalam satu kemalangan kereta pagi ini di California di mana dia mengalami beberapa kecederaan di kaki.

“Beliau kini melalui pembedahan dan kami ucapkan terima kasih atas privasi dan sokongan anda,” kata ejennya, Daniel Rapaport, dalam satu kenyataan.

Kejadian berlaku berhampiran komuniti pinggir bandar Rolling Hills Estates dan Rancho Palos Verdes.

Imej video di tempat kejadian menunjukkan SUV milik Woods dalam keadaan terbalik di sisi, sekitar 30 kaki dari jalan raya, dengan bahagian depannya rosak teruk dan dikelilingi serpihan.

Terdahulu pada hujung minggu itu, Woods menganjurkan acara tahunan Genesis Invitational di Riviera Country Club.

Beliau bagaimanapun tidak bertanding dalam kejohanan itu, menyatakan masalah bahagian belakang yang dialaminya sejak sekian lama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,562FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat