PKPD Di Hotel Centennial Sitiawan Dikuatkuasa Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Hostel Centennial, Kampung Acheh, Sitiawan, Perak bermula esok sehingga 10 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu berikutan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) bahawa berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.

“KKM hari ini telah melaporkan situasi kes COVID-19 di lokaliti itu, yang sehingga 21 Feb, KKM telah melaksanakan sebanyak 349 ujian saringan dan daripada jumlah itu seramai 125 orang didapati positif COVID-19.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di lokaliti itu,” katanya dalam kenyataan mengenai PKP hari ini.

Beliau berkata pelaksanaan PKPD itu adalah untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni asrama serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata seramai 253 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKP dan daripada jumlah itu seramai 231 dikompaun manakala bakinya direman.

Beliau berkata kesalahan yang direkodkan adalah gagal menyediakan peralatan atau rekod butiran diri (75 kes), tidak memakai pelitup muka (61), aktiviti perjudian (52), rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (37), tiada penjarakan fizikal (21), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (6) dan seorang tiada dokumen pengenalan diri.

Mengenai Operasi Benteng, beliau berkata enam pendatang asing diberkas dan tujuh kenderaan darat dirampas.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 87 buah bot atau kapal di perairan negara melalui lima aktiviti penglihatan dan pada masa sama, seramai enam orang pendatang asing turut diusir melalui dua aktiviti pengusiran,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 502 sekatan jalan raya juga dilaksanakan semalam yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Sukarelawan Malaysia(RELA).

Ismail Sabri berkata semalam juga menyaksikan 625 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan kesemua mereka telah dikuarantin di stesen kuarantin di seluruh negara, yang membawa kepada kumulatif seramai 130,115 individu telah pulang sejak 24 Julai 2020.

“Daripada jumlah itu, seramai 7,901 individu telah dikuarantin dan seramai 121,525 individu dibenarkan pulang manakala 689 lagi dibawa ke hospital,” katanya. – Bernama

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

UMNO, PAS, Bersatu, PKR & Amanah Bentuk Kesatuan Baharu Depani PRU-15?

KUALA LUMPUR - Gelombang politik baharu tanah air bakal berubah lagi, apabila hari ini Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin memulakan...

438,220 Individu Telah Terima Kedua-Dua Dos Vaksin – Dr Adham

KUALA LUMPUR - Seramai 438,220 individu telah menerima kedua-dua dos vaksin mereka di bawah fasa satu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri...

KPDNHEP Keluar Notis Susulan Kenaikan Harga Ayam

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susulan kenaikan mendadak harga ayam di pasaran, yang mula dikesan sejak...