Silap saya, jangan salahkan produksi – Noorkhiriah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon Noorkhiriah, 45, mengalami kecederaan ketika penggambaran drama Bosskid tidak menyalahkan pihak produksi, sebaliknya ia adalah kesalahannya akibat berdegil mahu melakukan adegan berkenaan.

Justeru, Noorkhiriah memohon agar pihak produksi tidak dipersalahkan susulan kemalangan kecil dialami sehingga menyebabkan kecederaan pada tangan.

“Alhamdulillah, tangan saya tidak patah, cuma tisu koyak dan mengalami lebam.

“Apa yang terjadi adalah kesalahan saya, bukan produksi. Jadi, jangan kecam produksi kerana mereka sudah mengingatkan saya dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin,” katanya menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG).

Terdahulu, dalam insiden yang berlaku, motosikal ditunggang Noorkhiriah hilang kawalan sehingga merempuh kenderaan yang diletakkan di tepi jalan, semalam.

Noorkhiriah memohon agar pihak produksi tidak dipersalahkan susulan kemalangan kecil dialami sehingga menyebabkan kecederaan pada tangan. - Foto IG Noorkhiriah
Noorkhiriah memohon agar pihak produksi tidak dipersalahkan susulan kemalangan kecil dialami sehingga menyebabkan kecederaan pada tangan. – Foto IG Noorkhiriah

 

Noorkhiriah berkata, kemalangan berlaku bukan disebabkan tidak mahir, sebaliknya pernah menunggang motosikal dalam drama Bedah Tong Gas, suatu ketika dahulu.

“Saya tidak mahu mengeluh kerana masih diberikan nyawa, itu paling penting. Sakit sikit-sikit.

“Selepas kejadian produksi menggesa saya mendapatkan rawatan susulan kerana bimbang keadaan menjadi lebih teruk.

“Sebenarnya, saya rasa seperti mahu pengsan akibat terkejut. Saya tak tahu hendak kata macam mana, tetapi Allah sudah jentik atas kedegilan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Noorkhiriah berterima kasih kepada peminat yang mendoakannya.

Malah, katanya, tidak marah kepada netizen yang ketawa selepas menonton rakaman video kerana insiden itu memang melucukan.

Berita Harian
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat