Anwar Tiba Di Brunei Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

- Advertisement -

BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini untuk lawatan rasmi dua hari ke Brunei.

Lawatan rasmi ke luar negara kedua Anwar sejak memegang jawatan Perdana Menteri itu diiringi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penerbangan khas membawa Perdana Menteri dan isteri, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 3.13 petang.

Ketibaan Anwar dan Dr Wan Azizah disambut Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah.

Anwar diberikan sambutan rasmi di lapangan terbang itu. Lagu kebangsaan Malaysia, ‘Negaraku’ dimainkan diikuti lagu kebangsaan Brunei Darussalam, ‘Allah Peliharakan Sultan’.

Perdana Menteri kemudiannya memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Turut hadir di lapangan terbang ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.

Esok, Perdana Menteri dijadualkan untuk menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, dan kedua-dua pemimpin kemudiannya akan mengadakan pertemuan empat mata.

Kedua-dua pemimpin dijangka akan mengambil peluang untuk menilai kemajuan kerjasama yang sedang berjalan, di samping mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Perdana Menteri dan Sultan Brunei juga akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Agensi Pelaburan Brunei (BIA).

Selain itu, Perdana Menteri akan menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Brunei, malam ini.

Sementara itu, Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook petang ini menyuarakan harapan agar lawatan beliau ke Brunei kali ini akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

“Saya mengharapkan lawatan ini akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara di samping meneroka peluang kerjasama baharu. Insya-Allah,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,445FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat