‘Komen tegas tu sebab saya sayang dan prihatin’ – Mas Idayu

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Penyanyi dangdut yang juga juri program Famili Duo, Mas Idayu menjelaskan bahawa komen yang diberikannya kepada setiap peserta adalah sebagai cara untuknya menunjukkan kasih sayangnya.

Menerusi video yang dikongsikan Buletin FM, Mas atau lebih mesra disapa dengan panggilan Mami berkata, jika komen yang diberikan itu bersifat tegas, itu bermaksud dia prihatin kepada peserta itu.

“Tak kisahlah pelajar atau peserta, kita (juri) tunjuk rasa sayang dengan cara begitu. (Mereka) akan menggantikan dan jadi pelapis nanti. Macam itu kita tunjukkan rasa kasih sayang kita.

“Tapi, kalau dah Mas Idayu macam ‘Okaylah. Okay, boleh. Yang ini okaylah persembahan awak’, itu bermakna, Mami dah tak ambil tahu,” katanya.

Video sama turut memaparkan komen daripada Naim Daniel yang juga rakan gandingan kepada Sissy Imann dalam program yang ditayangkan di TV3 itu.

“Saya rasa, apa yang berlaku malam itu adalah satu lagi pengalaman. Saya percaya, di sini pun kami datang atas kapasiti untuk menghiburkan penonton di rumah dan juga di studio.

“Jadi, mungkin tingkat penerimaan seseorang terhadap sesuatu kata-kata yang dilemparkan itu agak berbeza,” katanya.

Naim bagaimanapun tidak menafikan bahawa pengalaman itu bukanlah pengalaman menarik untuk diingati dan dia juga tidak dapat menghubungi Sissy ketika sesi temubual bersama Buletin FM itu berlangsung.

“Saya cuba hubungi Sissy, tapi sampai sekarang dia masih belum jawab. Tapi, saya faham dari sudut pandang sisi, untuk dia berikan reaksi sebegitu boleh diterima sebagai manusia. Kita percaya, kata-kata adalah alat yang berkuasa di dalam dunia ini,” katanya.

Terdahulu, program Famili Duo menjadi bualan apabila Sissy Imann menangis dan tidak muncul di pentas ketika babak akhir program Famili Duo yang berlangsung kelmarin selepas menerima komen tegas daripada Mas Idayu.

Sissy juga memuat naik keluhan dan kekecewaannya terhadap dirinya serta menjelaskan bahawa semangatnya untuk berkarya sebagai pemuzik kini kian pudar.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,445FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat