Gosip BCL, Ariel Noah muncul lagi

- Advertisement -

Jakarta : Nama Bunga Citra Lestari (BCL) dan Ariel Noah kini mula digosipkan semula selepas muncul foto mereka yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Foto yang digunakan sebagai ‘thumbnail’ di saluran YouTube Sekarang Lagi yang menampilkan BCL itu menuai persoalan apabila tangan Ariel sedang memegang perut BCL seolah-olah penyanyi lagu Cinta Sejati itu sedang hamil.

Judul yang digunakan di ‘thumbnail’ video YouTube itu juga menambah lagi persoalan mengenai perkara itu.

“BCL akui soal hamil anak Ariel Noah, kedekatan keduanya jadi sorotan,” tulisnya.

Namun, persoalan itu dinafikan BCL menerusi satu video yang memaparkan kenyataannya dan menjelaskan bahawa itu adalah kesan daripada selera makan tengah malam dan juga sudut foto itu diambil.

“Ini biasalah, perut ibu-ibu yang suka makan tengah malam. Semua kemungkinan itu boleh menyebabkan bentuk perut saya berubah (sudut),” katanya.

Ariel juga turut menafikan khabar angin itu dan menganggap ia sekadar cerita rekaan.

“Itu hanya sekadar khabar. Mungkin orang main-main saja,” katanya.

Harian Metro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat