Tangguh penutupan SK Assumption hingga tamat penggal Mac -KPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) setuju menangguhkan penutupan dan pengosongan Sekolah Kebangsaan Assumption, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang sehingga tamat Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 pada bulan Mac ini.

“Mengambil kira sesi persekolahan yang sedang berlangsung, KPM telah memohon penangguhan pengosongan bangunan dan tapak sekolah sehingga tamat Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 pada bulan Mac 2022.

“KPM akan membantu memudah cara urusan kemasukan murid ke sekolah baharu pilihan ibu bapa bagi Kalendar Akademik Sesi 2022/2023,” kata kementerian itu sambil menjelaskan bahawa bangunan dan tapak Sekolah Kebangsaan Assumption itu telah dijual kepada Syarikat Sri Avenue Sdn. Bhd sejak 2008.

Susulan jual beli itu, pihak syarikat Sri Avenue Sdn Bhd telah memohon supaya KPM mengosongkan bangunan dan tapak sekolah tersebut dengan secepat mungkin.

“KPM merujuk kepada laporan media berhubung pengosongan tapak Sekolah Kebangsaan Assumption, Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Sekolah Kebangsaan Assumption merupakan sekolah bantuan kerajaan yang beroperasi di bangunan dan tapak sekolah yang dimiliki oleh Syarikat Sri Avenue Sdn. Bhd. sejak tahun 2008.

“Pada 3 November 2021, Syarikat Sri Avenue Sdn. Bhd. telah memaklumkan bahawa syarikat telah menerima tawaran pembelian bangunan dan tapak sekolah daripada pihak ketiga. Sehubungan dengan itu, pihak syarikat memohon supaya KPM mengosongkan bangunan dan tapak sekolah tersebut dengan secepat mungkin,” kata KPM dalam kenyataan pada Isnin.

Memandangkan bangunan dan tapak sekolah adalah milik Syarikat Sri Avenue Sdn. Bhd., KPM telah membuat ketetapan untuk menyuraikan murid dan guru ke sekolah lain yang berhampiran.

Ketetapan ini diambil berdasarkan justifikasi yang berikut iaitu trend enrolmen murid yang menurun dari setahun ke setahun yakni pada masa ini, sekolah tersebut beroperasi dengan enrolmen murid seramai 53 orang; terdapat sekolah berdekatan yang dapat menampung murid dari SK Assumption dalam jarak antara 0.35 km hingga 5.8 km.

Selain itu, menurut KPM, penyuraian ini dapat meningkatkan kecekapan penggunaan sumber melalui agihan semula 15 orang guru dan 2 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) ke sekolah lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat