Hasni ‘poster boy’ BN pasti menang bergaya – MIC

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bukan sahaja sesuai dijadikan ‘poster boy’ malah Datuk Ir. Hasni Mohammad diyakini paling layak menerajui Barisan Nasional (BN) jOHOR,” kata Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Susulan rekod baik itu, MIC mengemukakan saran agar Hasni selaku Pengerusi BN Johor dilantik secara rasmi sebagai ‘poster boy’ bagi gabungan parti itu berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan datang ini.

Ujar Vigneswaran, pemilihan Menteri Besar Johor itu diyakini akan membolehkan BN menang besar dalam pilihan raya itu.

“Walaupun lebih sesuai untuk kita menggelarkan beliau sebagai ‘poster man’, tetapi dia memang layak untuk teraju BN Johor.

“Dengan pemilihan Hasni sebagai ‘wajah’ BN, MIC yakin 100 peratus BN boleh menang dalam PRN Johor ini,” katanya memetik Utusan di Johor Baru semalam.

Tambah Vigneswaran lagi, hanya BN merupakan gabungan parti politik di negeri ini yang mampu memberi kestabilan ekonomi dan sosial kepada rakyat negara dan negeri ini.

“Selama 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), apakah yang telah mereka lakukan kepada rakyat Malaysia, khususnya masyarakat India di negara ini,” soalnya.

Kelmarin, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor selepas menerima mengadap Menteri Besar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat