DUN Johor Dibubar Tanpa Rundingan Dengan PN – Muhyiddin

- Advertisement -

PETALING JAYA – Keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibuat tanpa perundingan Perikatan Nasional (PN) meskipun menjadi sebahagian kerajaan negeri Johor.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun begitu pihaknya bersedia menghadapi pilihan raya itu yang akan diadakan pada bila-bila masa susulan pembubaran DUN.

Katanya, sebagai persediaan menghadapi pilihan raya, PN akan mengadakan rundingan dengan parti-parti anggota PN bagi memuktamadkan kerusi-kerusi akan ditandingi selain memberi tumpuan kepada persiapan
jentera parti.

“Sekiranya diberikan mandat oleh rakyat negeri Johor dalam pilihan raya ini, PN akan membentuk sebuah kerajaan berintegriti, prihatin rakyat dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada penyampaian perkhidmatan yang cemerlang demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negeri Johor seluruhnya.

“Saya menyeru semua pengundi yang layak untuk mengundi dalam PRN Johor kali ini supaya keluar mengundi dengan mematuhi SOP yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Muhyiddin, beliau berharap SOP yang akan ditetapkan nanti adalah seimbang daripada segi keutamaan untuk mencegah penularan Covid-19 dan memberi ruang kepada parti-parti politik untuk berkempen secara bebas, adil dan selamat.

“Saya juga mengalu-alukan semua pengundi baharu termasuk pengundi berumur 18 tahun ke atas yang akan mengamalkan hak demokrasi mereka sebagai pengundi buat pertama kali dalam PRN Johor.

“Tunaikanlah hak dan tanggungjawab anda secara bijaksana,” katanya. – Utusan

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat