4,427 Pesakit Covid Sembuh, 3,346 Kes Baru Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan sebanyak 3,346 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad dengan 11 lagi kes kematian.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah tersebut 3,339 kes merupakan jangkitan tempatan manakala tujuh lagi membabitkan kes import.

Perkembangan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan COVID-19 di Malaysia etika ini ialah 183, 801 kes dengan kes aktif sebanyak 41,677.

Jumlah kumulatif kes kematian terbaharu pula ialah sebanyak 678 kes.

Sementara itu menurut KKM, sebanyak 4,427 kes sembuh dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sehingga Ahad ialah 141,446 kes.

Terdapat 265 kes yang ketika ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 102 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Awani

Topik Hangat

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Berita Berkaitan

Takrifan Barisan Hadapan Akan Diperinci Kembali – JKAV

KUALA LUMPUR: Petugas barisan hadapan ditakrifkan sebagai individu berisiko tinggi untuk mendapat dan menyebarkan jangkitan COVID-19. Kelompok yang kini diberi keutamaan mendapatkan vaksin menerusi fasa...

Penerima Hati Pertama, Adik Afiq Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Penerima hati pertama di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini menghembuskan nafas terakhirnya akibat komplikasi hati, awal pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan penderma...

Sajat Cari Pasal Lagi?

KUALA LUMPUR: Ketika masih dalam buruan pihak berkuasa, video kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau popular disapa Nur Sajat, sekali lagi tular di media sosial. Tidak...