Minta maaf dalam tempoh 24 jam atau putus hubungan – UMNO Puchong beri amaran kepada DAP

PUCHONG, — UMNO Bahagian Puchong memberi amaran keras kepada DAP agar membuat permohonan maaf terbuka dalam tempoh 24 jam berhubung kenyataan Ahli Parlimen Puchong yang didakwa memperlekeh keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Addendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Dalam satu memorandum bantahan rasmi bertarikh hari ini, UMNO Bahagian Puchong menegaskan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan hubungan politik antara UMNO Puchong dan DAP di peringkat Puchong diputuskan serta-merta.

Menurut memorandum tersebut, kenyataan terbuka oleh Ahli Parlimen Puchong yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu disifatkan sebagai biadap, sinis dan tidak bermoral politik kerana secara terbuka memperlekeh keputusan mahkamah.

UMNO Puchong menyatakan tindakan berkenaan bukan sahaja mencabar Institusi Kehakiman, malah dianggap satu penghinaan terhadap Institusi Raja Berperlembagaan serta mencetuskan provokasi politik tanpa mengambil kira sensitiviti dan tanggungjawab bersama dalam Kerajaan Perpaduan.

Memorandum itu turut menyifatkan kenyataan berkenaan sebagai satu pengkhianatan nyata terhadap semangat kerjasama politik antara UMNO dan Pakatan Harapan, selain mencerminkan kegagalan menghormati UMNO sebagai rakan gabungan kerajaan.

Sehubungan itu, UMNO Puchong menuntut permohonan maaf terbuka tanpa sebarang syarat dibuat melalui surat rasmi dan saluran media sosial dalam tempoh 24 jam daripada tarikh memorandum diterima.

UMNO Puchong juga menggesa pimpinan tertinggi Pakatan Harapan mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Puchong berkenaan, sambil memberi amaran bahawa kegagalan berbuat demikian akan ditafsirkan sebagai persetujuan dan restu politik terhadap kenyataan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat