KUALA LUMPUR – Pengkhianat negara itu adalah punca kerajaan semasa dan masa depan terpaksa menanggung hutang yang berat sehingga kini.
Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Woo Kah Leong juga menegaskan, lebih baik mengkhianati pengkhianat negara beratus-ratus kali, daripada mengkhianati rakyat Malaysia.
“Daripada sibuk melayan permintaan yang tidak munasabah yang bertentangan dengan kehendak penyokong Pakatan Harapan (PH), lebih baik kita berpegang teguh pada prinsip asas kita dan segera memacu reformasi.
“Sekali gus menyampaikan mesej yang jelas iaitu PH akan berdiri teguh bersama masyarakat berbilang kaum.
“Semua yang berlaku sekarang, rakyat melihat dengan jelas dengan mata mereka yang tajam. Lebih baik mengkhianati pengkhianat negara beratus-ratus kali, daripada mengkhianati rakyat Malaysia,” tegas beliau.
ADUN Pasir Bedamar itu menyatakan, Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia.
“Sebagai alumni Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM), ayat pertama yang diajar dalam kelas perlembagaan kami ialah: Perlembagaan Persekutuan adalah tertinggi (Federal Constitution is Supreme). Setiap pelajar undang-undang juga telah dididik dalam semangat kedaulatan undang-undang.
“Namun kini, ada yang tidak faham, ada yang berpura-pura tidak faham, dan ada yang sengaja tidak mahu faham.
“Sekolah rendah juga mengajar kita, janganlah melakukan kejahatan walaupun kecil, contohnya tidak boleh mencuri pensel rakan sekelas. Jika melakukan kesalahan, seseorang harus meminta maaf dan menerima hukuman.
“Pengundi yang menyokong semua calon PH dalam beberapa pilihan raya umum yang lalu berharap agar kerajaan dapat meneruskan pembaharuan, menjadikan negara lebih baik, bukannya sebaliknya,” ujar Kah Leong.
Menurut beliau, PH tidak perlu mengorbankan prinsip asas kita kerana sesetengah individu atau organisasi, kerana mereka pada dasarnya tidak pernah bersetuju dengan hala tuju reformasi.
“Dalam latar belakang ruang dan masa yang berbeza, dan keperluan zaman, adalah normal bagi sebuah parti politik untuk bekerjasama dengan parti politik lain.
“DAP pernah bekerjasama dengan Pas yang dipimpin oleh Nik Aziz, ketika itu Pas bersedia mempertahankan kepelbagaian.
“DAP juga pernah bekerjasama dengan Parti Bersatu untuk bersama-sama menggulingkan perompak negara yang menelan berbilion-bilion,” katanya.



