PPS akan diwujudkan secara kekal – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan diwujudkan secara kekal bagi membantu memudahkan proses pemindahan mangsa banjir sekiranya berlaku banjir nanti.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawantankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Datuk Ahmad Zahid Hamidi juga meminta Jawantankuasa Pengurusan Bencana di peringat Pusat, Negeri dan Daerah untuk menyelaras penglibatan bantuan NGO-NGO untuk proses bantuan yang lebih kemas dan tersusun.

“Dari Kemaman, Terengganu saya terus ke Pasir Puteh Kelantan bagi melihat kawasan yang terjejas banjir bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan beberapa pimpinan tempatan.

“Saya telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADM) untuk Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seperti di SK Jelor yang belum digazet ini untuk digazetkan segera bagi bantuan-bantuan dapat disalurkan dengan lebih mudah dan teratur.

“Tambahan itu, sebagai Pengerusi Jawantankuasa Pengurusan Bencana Pusat yang telah meninjau keadaan banjir di beberapa kawasan memutuskan PPS akan diwujudkan secara kekal. Ini bagi membantu memudahkan proses pemindahan mangsa sekiranya berlaku banjir nanti,” tegas Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat