Amaran luruan monsun dijangka berterusan sehingga 26 Disember

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, siri amaran ketujuh amaran hujan berterusan yang dikeluarkan MET masih lagi berkuat kuasa dan luruan monsun (monsun surge) kedua yang bermula 17 Disember dijangka berterusan sehingga 26 Disember 2022.

“Laporan terkini bencana banjir hari ini setakat jam 10 pagi 23 Disember menunjukkan lapan buah negeri telah dilanda banjir. Terdapat pertambahan tiga negeri melibatkan Selangoe, Sarawak dan Sabah.

“Tujuh buah Pusat Penempatan Sementara (PPS) di tiga buah negeri berkenaan. Dengan pecahan 57 mangsa di Selangor, 104 mangsa di Sarawak manakala 222 mangsa dipindahkan di Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Armizan juga menyatakan, Mesyuarat Penyelarasan Operasi Bencana (PKOB) Pusat pagi tadi terus melihat aspek penyelarasan dapat diperkemas bagi memastikan semua negeri yang terlibat tidak berdepan masalah daripada sebarang aspek sama ada logistik mahupun sumber manusia.

“Pengurusan banjir di daerah-daerah terlibat di Selangor, Sarawak dan Sabah itu masih berada pada tahap 1.

“Namun, PKOB Pusat beroperasi 24 jam akan sentiasa memantau dan bersedia untuk sebarang pendekatan intervensi sekiranya diperlukan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat