MB Terengganu hulur RM1,000 kepada mangsa banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Terengganu menyalurkan bantuan khas tunai sebanyak RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar banjir di negeri berkenaan.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selepas melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Binjai, Kemaman pada Jumaat.

“Untuk meringankan bebanan yang dihadapi mereka, Kerajaan Negeri Terengganu akan menyalurkan bantuan khas tunai sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar banjir di Negeri Terengganu.

“Bantuan RM10,000 pula akan diberikan kepada ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia disebabkan banjir pada kali ini sebagai rasa simpati dengan apa yang telah terjadi.

“Bantuan-bantuan lain seperti baiki kerosakan rumah, membina rumah rosak dan lain-lain kerosakan insfrastruktur akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri setelah mendapat maklumat penuh selepas penilaian, insya-Allah,” ujar Ahmad Samsuri.

Terdahulu, beliau menghadiri taklimat mengenai perkembangan banjir di Pejabat Daerah Kemaman pagi tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat