Perak unjur RM1.19 bilion Belanjawan 2023, penjawat awam terima RM2,000

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Perak memperuntukan Belanjawan RM1.19 bilion bagi tahun 2023 bagi belanja pembangunan dan mengurus.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jumlah RM1.19 bilion itu meliputi RM395 juta bagi pembangunan manakala RM794 juta untuk belanja mengurus.

“Belanja pembangunan 2023 ditambah RM93.0 juta berbanding Belanjawan 2022.

“Peningkatan ini mengambil kira keperluan yang perlu dibelanjakan demi manfaat rakyat secara keseluruhan. Faktor utama peningkatan
adalah komitmen bagi projek fizikal merangkumi pembinaan, pembaikan dan kerja naik taraf pelbagai infrastruktur dan fasiliti serta
program kesejahteraan rakyat.

“Daripada unjuran hasil dan perbelanjaan tersebut, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2023
akan ditutup dengan jangkaan defisit RM30 juta,” katanya pada Khamis.

Saarani menyatakan, bagi tahun 2023, kerajaan negeri menetapkan lima fokus utama dalam belanjawan yakni kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek berkepentingan negeri, kelestarian alam sekitar, keterjaminan makanan serta pembangunan modal insan dan belia.

“Selain itu, atas dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi serta kesediaan berkorban masa dan tenaga dalam melaksanakan
tugasan yang diamanahkan, penjawat awam selayaknya diberi penghargaan.

“Oleh itu, kerajaan negeri dengan ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan pada kadar satu setengah bulan gaji dan minimum RM2,000 kepada semua penjawat awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk Ex-Officio, semua guru lantikan Negeri, Orang Besar Jajahan serta Pekerja Sambilan Harian (PSH). Pembayaran sepenuhnya akan dibuat pada tahun semasa.

“Walau bagaimanapun, pemberian ini dikecualikan kepada Menteri Besar dan barisan Exco,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat