Budayakan Selenggara Pengangkutan Awam Secara Berkala – Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua agensi di bawah Kementerian Pengangkutan digesa membudayakan penyelenggaraan berkala bagi menjamin kelangsungan perkhidmatan awam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyeru seluruh warga Kementerian Pengangkutan untuk meneruskan usaha memperbaiki kemudahan sistem pengangkutan awam.

“Syabas kepada pasukan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), teruskan usaha memperbaiki kemudahan sistem pengangkutan awam kita.

“Penyelenggaraan berkala demi menjamin kelangsungan perkhidmatan mesti dibudayakan sebagai norma kerja seluruh warga Kementerian Pengangkutan serta agensi-agensi kami,” kata Anthony dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada usaha Rapid Rail Sdn Bhd yang giat menjalankan kerja-kerja baik pulih fasiliti stesen.

Rapid Rail selaku operator kepada perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel di Lembah Klang memaklumkan perkembangan terkini kerja-kerja baik pulih fasiliti di stesen- stesen rel kendaliannya termasuk eskalator, kebocoran di stesen, sistem pencahayaan di stesen dan juga lif.

“Mengenai isu lif di stesen-stesen monorel pula, reka bentuk asal stesen monorel tidak mempunyai fasiliti lif.

“Menyedari keperluan pengguna terutamanya warga emas dan orang kelainan upaya, Prasarana telah mengambil inisiatif untuk menambah 18 unit lif dan 39 unit “wheelchair platform lift” ini untuk keselesaan orang awam.

“Kerja-kerja menaik taraf fasiliti lif di monorel ini memerlukan penambahbaikan dari segi struktur dan juga melibatkan beberapa isu keselamatan yang perlu dibaiki.

“Projek naik taraf akan bermula pada suku pertama tahun 2023 dan memerlukan masa selama 18 bulan untuk disiapkan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat