MB Terengganu Mohon Maaf Berada Di Luar Negara Ketika Banjir Besar

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan permohonan maaf tidak dapat bersama rakyat ketika banjir besar melanda mulai Ahad lalu.

Katanya sambil mengakui, dia meneruskan perjalanan ke luar negara selepas mendapati berlaku penurunan mangsa banjir selepas bersama rakyat pada fasa pertama Monsun Timur Laut (MTL) pada Jumaat dan Sabtu lalu (9 dan 10 Disember).

“Saya sepatutnya bersama rakyat ketika keadaan banjir memuncak pada Ahad hingga Rabu lalu.

“Saya mengambil kesempatan untuk memohon jutaan kemaafan kepada mangsa dan seluruh rakyat di atas apa juga yang berlaku,” katanya pada sidang media yang dibuat melalui Facebook (FB) miliknya hari ini.

Terdahulu, Ahmad Samsuri melawat dan menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai, Chukai, Kemaman.

Yang turut hadir dan mengiringi Ahmad Samsuri adalah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat serta Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab.

Bagaimanapun, lawatan Ahmad Samsuri tidak dimaklumkan kepada media arus perdana oleh pegawai di pejabat Menteri Besar dan hanya disiarkan melalui Fb.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri mengakui apa juga alasan diberikan tentunya tidak mampu untuk membetulkan keadaan berikutan ketiadaannya bersama rakyat negeri, terutama mangsa banjir yang berada dalam kesusahan.

“Saya faham walaupun penjelasan yang diberikan tidak bermakna kepada rakyat terutama mangsa banjir.

“Walaupun saya berada di luar negara, tetapi sentiasa meneliti suasana yang berlaku setiap masa,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat