Polis rakam keterangan Guan Eng tahun depan, bukan malam Natal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunda tarikh untuk mengambil keterangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung dua kenyataan media yang dibuatnya pada tahun 2019.

Penangguhan itu dibuat selepas bekas Menteri Kewangan tersebut berkata tindakan polis memanggilnya sehari sebelum sambutan Hari Natal sebagai ‘hadiah Krismas’ daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Guan Eng berkata, pihak polis menetapkan satu tarikh baru pada tahun hadapan selepas dia dimaklumkan perkara itu oleh peguam, Gobind Singh Deo dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Sebelum ini Guan Eng diarah hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut Pulau Pinang pada Khamis ini.

“Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dengan murah hati telah memohon maaf dalam satu pesanan teks kepada saya atas kekhilafan pegawai beliau menetapkan sesi merakam kenyataan saya pada sehari sebelum Krismas.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau atas ucapan Krismas beliau kepada saya dan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Guan Eng memberitahu dia dipanggil polis untuk memberikan keterangan Khamis ini, yang disifatkannya sebagai “hadiah Krismas” daripada PN.

Beliau turut mendakwa siasatan itu bermotifkan politik terhadap pembangkang.

Untuk rekod, perbicaraan terhadap Guan Eng yang menghadapi empat tuduhan berkaitan projek terowong bawah laut Pulau Pinang akan bermula pada Jun tahun depan.

Beliau dituduh menerima suapan sehingga RM3.3 juta dan meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan projek tersebut, selain menyalahgunakan kedudukannya untuk melupuskan dua bidang tanah bernilai RM208 juta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat