Pemuda UMNO Selangor Nafi Naikkan Kain Rentang Gesa Zahid Letak Jawatan

- Advertisement -

SHAH ALAM: Pergerakan Pemuda UMNO Selangor menafikan sekeras-kerasnya penglibatan Pemuda UMNO Shah Alam dan mana-mana Pemuda UMNO Bahagian di Selangor menaikkan kain rentang yang menggesa Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hami meletakkan jawatannya.

Ketuanya, YB Hj Rizam bin Ismail berkata, tindakan menggangtung kain rentang tersebut yang berbaur hasutan ini adalah satu tindakan yang sengaja dilakukan oleh pihak musuh politik dalam menaggangu -gugat keharmonian dan juga cubaan untuk melaga-lagakan ahli-ahli UMNO.

Beliau merujuk kenyataan Ketua Pegerakan Pemuda UMNO Shah Alam, Dendera Billah Zamzuri yang menafikan Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam tidak terlibat dan bersekongkol dengan kain rentang berkenaan yang di pasang di sekitar Shah Alam.

“Berkenaan isu kain rentang yang digantung sekitar Shah Alam yang bertajuk ‘Minta Presiden Undur Dari Jawatan Presiden UMNO Segera’ saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia menafikan sekeras-kerasnya penglibatan daripada Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam atau mana-mana Pemuda UMNO Bahagian di Selangor,” tegasnya.

Beliau juga telah dimaklumkan bahawa kain rentang tersebut telah diturunkan oleh ahli-ahli Pemuda UMNO Bahagian Shah ALam serta laporan polis akan dibuat pada hari ini.

“Saya ingin berpesan kepada mana-mana individu atau kumpulan yang bertanggungjawab untuk jangan sesekali menjolok sarang tebuan serta ingin memporak-perandakan ahli-ahli UMNO yang sedang bertungkus lumus berjuang untuk rakyat,

“Tindakan picisan ini sangat memalukan dan saya klasifikasikan tindakan ini sebagai tindakan yang ‘No Class’ atau tiada maruah,” katanya.

Ujar Rizam lagi, Pergerakan Pemuda UMNO Selangor ingin menegaskan bahawa pergerakan tersebut menyokong penuh institusi Presiden UMNO yang diterajui oleh Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Tiada soal menolak atau meminta Presiden untuk mengundurkan diri jawatan beliau sebagai Presiden UMNO yang sah disisi Perlembagaan parti,”tegasnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat