1,348 Kes Baru Covid-19, Lima Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,348 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 98,737 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, daripada jumlah 1,348 itu, 16 merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,332 kes.

Dalam masa sama, beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID19 pula adalah 18,279 kes.

Dr Noor Hisham berkata, negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi untuk lapan hari berturut-turut iaitu sebanyak 535 kes (39.7 peratus).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 363 kes (67.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 226 kes (16.8 peratus) dan Sabah sebanyak 189 kes (14.0 peratus),” katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.

Dalam tempoh 24 jam juga, Dr Noor Hisham berkata, bilangan kes sembuh COVID-19 pula adalah 710 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 80,014 kes (81.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga kini juga, kata beliau, terdapat 102 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 44 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, terdapat pertambahan lima kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 444 kes (0.45 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sementara itu, KKM memaklumkan terdapat lima kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. Kluster Tapak Bina Jalan Panah
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Disember lalu melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.

Sehingga 23 Disember juga, sejumlah 1,000 individu telah disaring di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. Kluster Menara Wang
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, daerah Petaling, Klang, Sepang dan Hulu Langat di Selangor serta daerah Maran dan Kuantan di Pahang.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-88751) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala.

Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 293 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. Kluster Saga Tengah
Kluster ini melibatkan daerah Tenom dan Keningau di Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-89,355) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala.

Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 298 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. Kluster Kolam Air
Kluster ini melibatkan daerah Kota Setar dan Kubang Pasu di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-81862) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Disember 2020 melalui saringan Orang Kena Tahan (OKT).

Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. Kluster Hala Mutiara
Kluster ini melibatkan daerah Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-82131) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Disember 2020 melalui saringan Orang Kena Tahan (OKT).

Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat