Kita sokong Ruji kali ini, jika gagal penggal depan saya lawan – Tan Sri Liew Yun Fah

MEROTAI – Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Tan Sri Liew Yun Fah menyeru, pengundi di Merotai memberi sokongan dan undi kepada Datuk Ruji Ubi calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 29 Nov ini.

Yun Fah bagaimanapun memberi ‘amaran’ kepada Ruji sekiranya gagal membangunkan Merotai dan mengecewakan harapan pembangunan yang diimpikan penduduk DUN itu beliau tidak akan teragak-agak untuk turun mencabar Ruji pada PRN akan datang.

Menurut Yun Fah lagi, beliau berkorban dengan memberi laluan kepada Ruji untuk bertanding di Merotai demi melihat pembangunan Merotai menjadi sebuah pekan yang lengkap infrastrukur serta memiliki kolej untuk anak muda di situ melanjutkan pelajaran sekali gus memakmurkan kawasan.

“Kita sudah semangat mahu jatuhkan pembangkang di Merotai ini, namun itu cuma impian manusia, Tuhan yang menentukan nasib kita.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Kuala Lumpur telah datang ke Tawau bertemu empat mata dengan saya… beliau minta saya beri laluan kepada Datuk Ruji.

“Kenapa pilih Merotai untuk kerjasama dengan GRS? Kerana beliau mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Madani prihatin terhadap semua rakyat.

“Lepas umum Ruji calon, beliau tahu saya sudah bekerja lama di Merotai. Itu sudah tunjukkan PM yang prihatin sayang kepada semua pemimpin yang berjuang untuk rakyat. Saya terima saya korban diri maruah saya tidak penting yang penting impian hala tuju saya untuk apa? Saya masuk gelanggang politik kerana mahu ubah kampung saya menjadi pekan,” tegas Yun Fah sewaktu berucap di ceramah kelompok Kampung Manggaris bersama Ruji pada Ahad.

Dalam pada itu, Yun Fah berkongsi beliau sendiri pernah mengingatkann Ruji tentang mandat Perdana Menteri dan janji calon PH itu kepadanya juga.

“Saya nasihat Datuk (Ruji) ingat mandat PM. Ingat janji kepada saya bahawa Datuk akan terus berjuang di atas tapak kami untuk bangunkan Merotai ini.

“4 tahun sekejap saja tidak lama, kalau Datuk tidak tadbir Merotai dengan baik…. saya akan kumpul semua rakyat saya semula, saya akan tumbangkan Datuk. Saya berani cakap kerana saya tahu orang Merotai memang orang yang berani, kita berani dengan apa yang kita impikan. Kita mahu pembangunan Merotai ini.

“Sebenaranya orang orang kampung sendiri kamulah orang paling yang kuat dalam politik bukan pemimpin tapi pemimpin dicipta oleh kamu semua ini, kamu boleh angkat dia boleh jatuhkan dia.

“Kalau penyandang Adun Warisan itu betul-betul jaga orang Bugis orang kampung semua tak datang di majlis saya sebab saya orang Cina.Kamu datang bukan kerana manis-manis, kamu datang sebab mahu lihat apa yang sebenarnya terjadi.

“Sama-sama kita sokong orang yang kita impikan supaya dia buat pembangunan di Merotai…dan saya berjanji di sini saya akan terus pantau beliau selama 4 tahun lebih ini, doakan saya panjang umur.

“Hari itu saya beritahu jentera-jentera bahawa saya tidak bertanding semua menangis tapi dengan air mata yang ikhlas. Impian kita semua sama iaitu supaya Merotai kita boleh membangun macam tempat-tempat lain. Kita mahu pemimpin kita buatkan kita (pembangunan)…kita cipta dia, kita pantau dia, dia tidak baik kita tolak dia akan datang.

“Jangan jika dia tidak baik pun kita teruskan lagi, maka jangan lagi undi pembangkang di Merotai dua penggal cukup sudah, kita kasi cuba dulu (Ruji).

“Tapi kalau dia tunaikan kita bagi dia 10 penggal itu pun kalau dia panjang umur macam Tun M,” ujar Yun Fah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat