Pahang berjaya kutip hasil RM1.114 bilion – MB Wan Rosdy

- Advertisement -

RAUB: Kerajaan negeri Pahang telah berjaya mencatat hasil kutipan RM1.114 bilion setakat 23 November 2024, umum Menteri Besarnya, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail.

Jelas Wan Rosdy, kutipan hasil ini melebihi sasaran yang ditetapkan tahun ini iaitu RM1.137 bilion.

“Alhamdullilah, hari ini Kerajaan Negeri telah berjaya mencatat kutipan hasil RM1.144 bilion melebihi sasaran kutipan hasil yang ditetapkan tahun ini iaitu RM1.137 bilion.

“Sudah pastinya berita gembira ini merupakan hasil kerjasama semua penjawat awam di negeri ini yang selama ini telah berusaha untuk merealisasikan sasaran ini. Syabas, tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua,” katanya ketika merasmikan Majlis Perasmian Penutup Karnival Tanah Pahang, Peringkat Negeri Pahang di di Dewan Titiwangsa, UiTM Kampus Raub dengan bertemakan “Syukuri Nikmat, Laksana Tanggungjawab, Jelaskan Cukai Tanah Anda”.

Turut hadir, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak; Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal; Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB. Dato’ Amizar Abu Adam, Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Pahang, YH. Dato’ Hamdan Hussin.

Dalam pada itu, kata Wan Rosdy lagi, beliau  mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada YH Dato’ Hamdan bin Hussin, Pengarah Tanah dan Galian dan pasukannya yang telah berjaya menganjurkan karnival ini untuk tahun kedua.

Jelasnya. menerusi karnival ini, ia secara langsung dapat mendidik rakyat untuk melaksanakan tanggungjawab membayar cukai tanah sebelum 31 Mei setiap tahun.

“Saya percaya apa yang Kerajaan Negeri laksanakan ini akan menerima manfaat kepada Negeri dan juga rakyat terutamanya dalam soal kebajikan yang sentiasa diberi keutamaan.

“Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati segala usaha yang kita laksanakan demi kestabilan dan kesejahteraan bersama,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, kejayaan buat kali ketiga berturut- turut ini sejak 2022 membuktikan prestasi Kerajaan Pahang pimpinan Menteri Besar, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail sangat cemerlang untuk setanding dengan negeri-negeri maju lain seperti Selangor dan Johor.

kutipan hasil ini juga akan dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk program kebajikan termasuk pemberian Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada pelbagai pihak termasuk pelajar, pelajar tahfiz, nelayan, petani, mahasiswa, anak yatim, ibu tunggal, jemaah haji dan mualaf.

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat