Croatia, Maghribi Terikat Tanpa Jaringan Saingan Kumpulan Piala Dunia

- Advertisement -

DOHA – Finalis Piala Dunia 2018, Croatia memulakan saingan peringkat Kumpulan F dengan langkah sumbang selepas terikat 0-0 ketika bertemu Maghribi pada perlawanan pertama kempen Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, Croatia yang dikendalikan Zlatko Dalic oleh membariskan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan pemain bertaraf bintang seperti Ivan Perisic, Dejan Lovren, Luka Modric dan Mateo Kovacic.

Morocco yang menduduki ranking ke-22 ketika ini turut meletakkan pasukan terbaik dengan pemain utama seperti Hakim Ziyech, Sofianne Boufal dan Achraf Hakimi diberikan peranan untuk membantu pasukan mencari mata berharga.

Peluang pertama hadir menerusi gerakan yang dilakukan oleh Perisic pada minit ke-17 tetapi rembatan yang dilakukannya sedikit tersasar.

Tersentak dengan serangan tersebut, Maghribi turut melakukan serangan ke atas kubu pasukan Croatia tetapi hantaran yang dilakukan oleh Ziyech gagal disudahkan oleh Youssef En-Nesyri.

Croatia hampir memecah kebuntuan pada penghujung babak pertama tetapi penjaga gol The Atlas Lions, Yassine Bounou tangkas menyelamatkan percubaan yang dilakukan oleh Nikola Vlasic.

Bersambung pada separuh masa kedua, Maghribi terlebih dahulu menguji gawang Croatia dengan Noussair Mazraoui pada minit ke-51 yang berjaya ditepis oleh penjaga gol, Dominik Livakovic.

Maghribi semakin ghairah menyerang dan berjaya menguji Livakovic sekali lagi menerusi gerakan set piece hasil rembatan yang dilakukan oleh Hakimi pada minit ke-64.

Croatia berusaha untuk mendominasi perlawanan dengan melakukan hantaran pendek tetapi gagal melakukan sebarang percubaan bahaya ke atas kubu Maghribi sehingga wisel penamat ditiupkan. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat