Agenda MKT UMNO Malam Ini Tak Desak Zahid Berundur, Fokus Kerajaan Perpaduan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang bersidang malam ini tidak membangkitkan agenda mendesak Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk meletak jawatan.

Sebaliknya, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mesyuarat malam ini bertujuan untuk meneliti tawaran dan syarat dikemukakan bagi pembentukan kerajaan perpaduan seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

“Tidak ada agenda untuk desak Presiden letak jawatan,” katanya ketika ditemui di Menara Datuk Onn, malam ini.

Sejak jam 8 malam tadi, beberapa pemimpin utama parti Melayu itu tiba di Menara Dato Onn bagi menghadiri Mesyuarat MKT.

Sebelum ini, beberapa pemimpin kanan parti termasuk Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata, Zahid perlu mengambil maklum pandangan pemimpin serta ahli akar umbi parti yang mendesak Ahli Parlimen Bagan Datuk itu meletak jawatan.

Nada sama disuarakan Ahli MKT Umno, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.

Hari ini, BN mengadakan perbincangan lanjut bersama Perikatan Nasional (PN) dalam usaha mencari kesepakatan bagi membentuk kerajaan.

Sehingga kini, tiada parti yang mampu membentuk kerajaan tanpa bekerjasama dengan beberapa gabungan parti lain termasuk dari Sarawak dan Sabah.

Secara prosesnya, rundingan BN dan Pakatan Harapan (PH) serta BN dan Perikatan Nasional (PN) sudah selesai.

Malam ini, difahamkan Timbalan Presiden BN yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan akan membawa semua butiran rundingan dalam mesyuarat MKT Umno untuk pandangan MKT.

Manakala pagi esok ia akan dibawa ke mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Selepas itu barulah akan dibentangkan kepada 30 ahli Parlimen BN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat