Cubaan Zahid tipu Agong, Tun Faisal buat laporan polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membuat satu laporan polis terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa cuba menipu Yang di-Pertuan Agong.

Dalam salinan laporan polis berkenaan, Tun Faisal berkata, aduan itu dibuat selepas membaca sepucuk surat dihantar oleh Zahid kepada Yang di-Pertuan Agong bertajuk pembentukan Kerajaan Persekutuan dan penamaan calon Perdana Menteri ke-10.

“Surat berkenaan menyatakan bahawa Zahid telah mempengerusikan mesyuarat BN pada 22 November dan mesyuarat itu telah memutuskan bahawa 30 ahli Parlimen BN telah memberi kepercayaan dan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dinamakan dan dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Manakala disebut dalam hantaran Facebook, Tan Sri Annuar Musa pula bahawa mesyuarat BN memutuskan BN tidak menyokong mana-mana calon Perdana Menteri dan ini konsisten dengan kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan jika surat ini benar, maka terdapat cubaan Zahid selaku Pengerusi BN untuk mengelirukan dan menipu Agong dan ini adalah kesalahan jenayah yang amat berat,” kata Tun Faisal dalam laporan polis berkenaan yang dibuat hari ini, 23 November di Balai Polis Presint 7, Putrajaya.

Susulan laporan polis berkenaan, beliau meminta pihak polis untuk membuat siasatan segera dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat