BN dan PN bincang kemelut pembentukan Kerajaan Persekutuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketika ini sedang berlangsungnya pertemuan antara pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Hotel The St. Regis.

Setakat ini kelihatan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri tidak memaklumkan tujuan kehadirannya dan butiran pertemuan berkenaan.

Mankala pemimpin dari Perikatan Nasional (PN) pula diwakili Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan juga Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Dr Dominic Lau.

Pengamal media kini sedang berkumpul di lobi hotel bagi mengikuti perkembangan pertemuan pimpinan BN dan PN.

Difahamkan, PN hilang majoriti untuk bentuk kerajaan selepas 10 Ahli Parlimen BN menarik balik sokongan semalam.

NST melaporkan ahli Parlimen berkenaan tarik sokongan menerusi Akaun Berkanun (SD) yang dihantar ke Istana Negara menerusi email yang dikirim jam2 petang semalam.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan diterbitkan bagi mengesahkan butiran pertemuan BN dan PN itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat