Malaysia Selesai Krisis Ikut Acuan Sendiri, Pentingkan Perlindungan Sosial – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu kepentingan perlindungan sosial diutamakan dalam penggubalan undang-undang menyentuh aspek kesejahteraan sosial masyarakat.

Perdana Menteri berkata, penyelesaian terhadap perlindungan sosial yang baharu serta inovatif amat penting diwujudkan ketika ini.

Katanya, ia bagi membawa keseimbangan antara penyediaan jaring keselamatan dengan kepentingan kewangan berdaya tahan dan pembangunan modal insan.

Beliau berkata, kerjasama antara sektor awam dan swasta juga perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan sinergi kukuh antara organisasi keselamatan sosial, pemegang taruh serta penggubal dasar.

“Tindak balas pantas perlu bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat, mempromosikan hak dan merapatkan jurang perlindungan sosial dalam negara, terutama bagi pekerja ekonomi tidak formal, suri rumah atau pekerja tidak bergaji seperti penjaga.

“Kita sudah mencapai detik penting untuk memanfaatkan peluang sosial dan ekonomi dalam menangani dan mengurus ketidaksamaan,” katanya ketika berucap pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2021, secara maya, memeti BH.

Yang turut serta, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dan Ketua Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Perdana Menteri berkata, pandemik yang turut memberi kesan di negara ini menyerlahkan keupayaan melakukan sesuatu mengikut cara Malaysia dalam berdepan penularan COVID-19.

Katanya, Malaysia memerlukan penyelesaian terhadap krisis yang berlaku mengikut acuannya sendiri.

Antara lain, beliau berkata, penyelesaian cara Malaysia dalam konteks ini adalah komitmen kerajaan untuk memperkukuh dan meningkatkan aktiviti penyelidikan menerusi Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC).

“Majlis ini bertindak sebagai agensi penyelaras berpusat untuk membangunkan keselamatan sosial negara yang komprehensif berdasarkan keperluan kitaran hidup, merangkumi dasar berkesan dan cekap.

“Ia juga disokong infrastruktur dan rangka kerja undang-undang yang boleh dipercayai, secara luas dan inklusif.

“Pada masa sama, kerajaan turut menambah peruntukan dan insentif untuk pelbagai program perlindungan sosial seperti Bantuan Keluarga Malaysia, e-Kasih, dan banyak lagi.

“Inisiatif perlindungan sosial ini terus diperkasakan dalam pengumuman Bajet 2022 baru-baru ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan terus komited untuk menghapuskan kemiskinan melalui kerjasama meluas antara agensi kerajaan serta badan berkanun yang akan membantu membuka lebih banyak peluang pendapatan, meningkatkan produktiviti isi rumah serta menghasilkan tenaga kerja lebih produktif.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat