Penganalisis Politik Menang Saman Fitnah RM8 Juta Terhadap Pemimpin DAP

- Advertisement -

PETALING JAYA – Penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff menang saman terhadap Pegawai Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa dan individu terbabit diarah membayar ganti rugi RM8 juta atas kenyataan fitnah dibuatnya sebelum ini.

Kamarul dalam kenyataan berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut memerintahkan Abdul Aziz membayar faedah 4% setahun atas ganti rugi itu dan membayar kos tindakan berkenaan RM10,000 kepadanya atas 22 tuduhan fitnah.

“Walaupun kemenangan ini agak manis, ia sebenarnya hanya pembakar semangat untuk saya dalam perbicaraan saman saya ke atas lima pemimpin besar DAP lain yang semuanya merupakan Ahli Parlimen,” katanya.

Kamarul berkata, beliau akan mengambil tindakan saman RM8 juta terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok atas kenyataan fitnah yang menuduhnya terencat akal dan merupakan ancaman kepada masyarakat serta berfahaman sempit.

“Seterusnya saman RM5 juta saya ke atas Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas saya,” katanya.

Antara tuduhan dinyatakan Kamarul dibuat oleh Chong ialah beliau pentaksub agama dan tidak layak menjadi pensyarah di universiti awam di Malaysia.

Beliau turut akan mengambil tindakan saman RM5 juta terhadap Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang memfitnahnya membataskan kebebasan beragama penganut Kristian dan cenderung mendesak pengharaman kitab suci Kristian iaitu “Bible” serta beberapa fitnah lain.

“Seterusnya saman RM5 juta saya ke atas Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh, ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas saya yang membawa maksud dan difahami bahawa saya merendahkan martabat saya bagi menjadi propagandis Umno dan gabungan politik Barisan Nasional,” katanya.

Kamarul turut menyenaraikan beberapa fitnah lain didakwa dilakukan Wong antaranya memfitnahnya membuat laporan polis yang palsu dan berniat jahat, tidak mempunyai kualiti dan kredibiliti.

“Terakhir, adalah saman RM5 juta saya ke atas Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas saya yang membawa maksud dan difahami bahawa saya adalah pensyarah universiti tempatan berkaliber rendah dan berkualiti rendah,” katanya. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat