Saya tak tuduh dia zionis, tak larang laung takbir – Dr Musa

- Advertisement -

CYBERJAYA – Penganjur himpunan aman ‘Freedom for Palestine’ hari ini menafikan dakwaan terdapat peserta dilabel sebagai ‘Zionis’ kerana membawa plakad yang memaparkan wajah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai ‘syaitan’.

Memetik laporan Sinar, Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Dr Musa Mohd Nordin menjelaskan, pihaknya hanya mempertahankan pendirian badan bukan kerajaan (NGO) itu yang menganggap plakad mahupun gambar yang memaparkan wajah Netanyahu sebagai satu tindakan provokasi.

Malah katanya, peraturan yang diambil selaras dengan arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar perhimpunan itu berada dalam sempadan kemanusiaan.

“Plakad tersebut tidak menggambarkan adab dalam VPM yang mana kami mengekalkan standard, meskipun ketika beremosi.

“Saya tidak kata dia Zionis. Saya kata kita tidak sepatutnya ke tahap Zionis. PDRM memberi arahan yang jelas untuk mengambil tindakan terhadap ucapan kebencian, poster dan ejen provokator yang berniat untuk menggagalkan perhimpunan kemanusiaan kami,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial luahan kekecewaan segelintir peserta terhadap penganjuran himpunan yang berlangsung di Dataran Merdeka pada Ahad ekoran mendakwa diri mereka disamakan seperti rejim Zionis.

Dalam perhimpunan itu, terdapat segelintir peserta antaranya membawa plakad memaparkan wajah Netanyahu dengan slogan ‘Netanyahu Penjenayah Perang’.

Mengulas lanjut, Musa berkata segelintir pihak gagal memahami gambaran lebih besar dalam konflik Israel-Palestin sekali gus membangkitkan kemarahan mereka.

Sehubungan itu beliau turut menafikan tentang larangan terhadap peserta yang melaungkan takbir.

Malah menurutnya lagi, Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin dan Nurul Izzah Anwar juga melaungkan takbir ketika berucap.

“Bagi seluruh pihak VPM, kami memohon maaf terhadap segala kekurangan kami.

“Sebagai NGO dan rakyat Malaysia, kita mesti sentiasa bersatu-padu menyokong dan mengarusperdanakan perjuangan saudara kita di Palestin sehingga terbentuknya sebuah negara Palestin yang merdeka,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat