Kedah dijangka alami hujan lebat hingga minggu depan – MetMalaysia

- Advertisement -

ALOR SETAR – Semua daerah di negeri ini dijangka mengalami hujan lebat serta ribut petir pada waktu petang bermula hari ini hingga 30 Oktober ini.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) negeri, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, corak cuaca itu berikutan bermulanya tempoh peralihan monsun bermula pertengahan September hingga November.

“Berdasarkan analisis kami, angin sepoi-sepoi dan angin boleh ubah akan berterusan di seluruh Semenanjung mulai 23 Oktober ini yang secara amnya membawa kepada ribut petir dan angin kencang.

“Bagi Kedah pula, semua daerah di negeri ini secara amnya dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir pada sebelah petang terutama di kawasan hulu dalam tempoh tujuh hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Khalil berkata, kejadian petir yang kerap berlaku, hujan lebat, lonjakan air dan angin kencang berkemungkinan berlaku terutama di kawasan hulu.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Zairil Anuar Zulmuji berkata, pihaknya bersedia menghadapi sebarang bencana alam yang mungkin berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata, setakat ini seramai 1,100 anggota APM Kedah diarah sentiasa berwaspada sepanjang masa, bersedia untuk ditempatkan dalam operasi menyelamat dan pengurusan bencana di seluruh negeri.

“Kami sudah mengadakan pertemuan dengan semua pegawai APM di negeri ini untuk membincangkan penyelarasan kami bagi menambah baik operasi pengurusan bencana kami di seluruh negeri.

“Selain itu, kami turut menyediakan 38 aset di darat serta 85 aset marin untuk menangani potensi bencana kali ini,” katanya.

Zairil Anuar berkata, APM Kedah turut mengenal pasti 260 kawasan yang sering dilanda banjir membabitkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, dan Pokok Sena, Baling dan Sik.

Beliau berkata, Kampung Iboi di Baling adalah antara lokasi berisiko tinggi untuk kejadian kepala air selain di daerah Yan. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat