Akaun III KWSP boleh diakses ketika kecemasan tanpa kira kategori

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang melaksanakan lagi pengeluaran bersasar dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebaliknya akan memperkenalkan Akaun Fleksibel atau Akaun III yang boleh diakses oleh semua ahli KWSP.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, Akaun III yang akan dibuka mulai tahun depan boleh diakses oleh semua ahli tanpa mengira kategori B40, M40 atau T20 pada bila-bila masa khususnya ketika kecemasan.

“Mulai tahun hadapan, telah diumumkan dalam Belanjawan 2024. Kita akan membuka satu lagi akaun untuk pencarum KWSP. Buat masa ini, akaun KWSP adalah terdiri daripada Akaun I dan Akaun II.

“Apa yang diumumkan YAB Menteri Kewangan adalah Akaun Fleksibel. Kita akan mengumumkan tentang apa maksud Akaun Fleksibel ini.

“Ini adalah untuk memanfaatkan dan meringankan beban kewangan ketika menghadapi keperluan di luar jangkaan. Sekarang ini sedang dimuktamadkan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) berkaitan perkara itu selepas terlebih dahulu bertanyakan mengenai cadangan meningkatkan pelaburan tempatan KWSP. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat