Tiada Pengumuman PM Malam Ini

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak akan membuat sebarang pengumuman hasil mesyuarat khas kabinet atau perjumpaan beliau dengan Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam ini.

Menurut sumber, Muhyiddin yang baharu menamatkan perbincangan selama dua jam dengan Agong di Istana Abdulaziz kini dalam perjalanan pulang ke Putrajaya dari Kuantan, Pahang.

Turut serta dalam perjumpaan itu ialah Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.

Difahamkan Perdana Menteri akan mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara sebelum membuat apa-apa pengumuman esok.

Kami sebelum ini melaporkan Mesyuarat Khas Kabinet  pagi tadi akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan ‘Darurat Politik‘ kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi ketidakstabilan politik dan mengelak lebih banyak konflik dalam sidang Parlimen akan datang. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat