Dron Tak Bekal Air, Tapi Kolam Takungan ORUS Boleh Bantu Tangani Masalah – Najib

- Advertisement -

PETALING JAYA – Bekas perdana menteri Najib Razak mengesyorkan kerajaan Selangor mempertimbang mewujudkan kolam takungan air di kawasan hilir dan pinggir sungai (off river storage atau ORUS) bagi mengatasi masalah bekalan air.

“Bila air di sungai tercemar, loji akan berhenti mengambil air dari sungai. Loji akan dibekalkan air dari ORUS ini untuk tempoh beberapa hari untuk dirawat dan dibekal kepada pengguna.

“Bila air sungai bebas pencemaran, ORUS akan diisi semula dari air sungai,” katanya dalam catatan di Facebook malam ini.

Dalam nada sinis, Najib berkata tindakan kerajaan Selangor meluluskan peruntukan RM2 juta untuk membeli 4 unit dron berteknologi tinggi model DJI Matrice 300 yang akan digunakan November depan bagi memantau pencemaran sungai tidak mampu menghalang segala pencemaran air atau memastikan bekalan air tidak terputus.

“Dron RM500,000 sebiji tak bekal air,” katanya.

Pada 19 Oktober lalu, kerajaan negeri mengumumkan unit dron itu akan diuruskan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melalui skuad pantas LUAS.

Dron itu akan digunakan untuk memantau lembangan Sungai Klang, Sungai Selangor dan Sungai Langat. Ia berkeupayaan mengambil sampel air termasuk di kawasan terpencil lebih tepat dan mengesan individu pada waktu malam. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,547FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat