Tengku Zafrul terima kunjungan pemenang gangsa Deaflympics Tokyo 2025

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang juga Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, hari ini, menerima kunjungan dua pemain badminton negara yang memenangi pingat gangsa beregu campuran pada Deaflympics Tokyo 2025.

Boon Wei Ying dan Edmund Teo Seng Keong hadir bersama jurulatih mereka, Chong Sook Chin, serta wakil Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf).

Menerusi hantaran di Facebook, Tengku Zafrul berkata beliau berpeluang mendengar sendiri perkongsian kedua-dua atlet mengenai perjalanan dan cabaran mereka.

“Kami turut bertukar pandangan tentang perkembangan sukan pekak di Malaysia dan keperluan atlet untuk terus maju,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada atlet dan jurulatih berkenaan atas pencapaian yang mengharumkan nama negara.

Deaflympics ialah temasya sukan antarabangsa khusus untuk atlet pekak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat