MB Johor rayu pengundi Cina keluar mengundi, kemenangan calon BN isyarat penting kepada pelabur

- Advertisement -

KLUANG – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merayu masyarakat Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota supaya keluar mengundi pada 28 Sept ini sekali gus memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah.

Hal ini kata Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota itu, kemenangan Syed Hussien akan menghantar isyarat penting kepada pelabur-pelabur yakni membuktikan kestabilan Kerajaan Negeri Johor.

“Ada ura-ura seru masyarakat Tionghua supaya boikot, pada masa itu saya memang rasa sedih kerana mesej berkenaan akan disampaikan kepada pelabur yang bakal menunjukkan bahawa Johor tidak stabil.

“(Kalau kalah) mesej yang kita hantar kepada pelabur ialah Johor ini tidak stabil, jangan datang ke Johor. Mesej lain kita hantar kepada pelabur ialah kita tak mesra, tidak dialu-alukan.

“Tetapi saya yakin dalam hati kita semua, kita mahukan pembangunan, kita mahukan pelabur datang ke Johor. Kita mahu bangunkan ekonomi negeri Johor.Jadi isyarat kepada pelabur itu ditentukan oleh bukan saja kepada tuan-tuan dan puan-puan bahkan mereka yang berada di luar sana,” kata Onn Hafiz dalam majlis Perjumpaan bersama Persatuan Peniaga Tionghua dan masyarakat Tionghua Kluang pada Isnin.

Beliau malah mengingatkan supaya pengundi-pengundi di DUN Mahkota khususnya masyarakat Cina agar tidak terikut-ikut atau terpengaruh kempen pembangkang di media-media sosial.

“Kepada rakan-rakan yang ada di luar sana, jangan terikut-ikut dengan TikTok, media sosial dan sebagainya. Pastikan pengundi buat keputusan secara rasional bukan emosional.

“Kita kena bulatkan tekad untuk bangunkan negeri Johor ini bersama-sama.

“Kita mahukan ekonomi yang stabil dan kebanyakan hadirin yang hadir adalah tauke-tauke, pengerusi persatuan, pengerusi tokong, pemimpin masyarakat yang berpengaruh.

“Saya merayu kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk ramai-ramai keluar mengundi pada 28 Sept ini, pastikan calon BN, Syed Hussien menang. Saya bagi jaminan kalau dia menang nanti, saya akan kerjakan dia untuk berkhidmat kepada rakyat tak kira warna kulit mahupun agama.

“Dulu exco-exco kerajaan negeri masa baru dilantik mereka ingat boleh ‘syok’ rupanya jam 5 pagi saya sudah kacau (hubungi). Baru mereka tahu bekerja dengan Menteri Besar yang ‘gila’,” seloroh Onn Hafiz.

Sebelum ini Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi mendedahkan surat layang diedar di perumahan masyarat Cina Mahkota.

Dalam terjemahan surat layang berkenaan, pengundi Cina digesa supaya tidak undi BN dalam PRK DUN Mahkota sebagai memberi pengajaran kepada UMNO yang didakwa sombong sekali gus untuk semak dan imbang dalam Kerajaan Negeri Johor.

Pada Ahad China Press melaporkan, Onn Hafiz Ghazi berharap pengundi Cina tidak menghukumnya dengan tidak keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN ini.

Onn Hafiz berkata dia menerima laporan daripada komuniti perniagaan yang menyatakan pengundi Cina di Mahkota kurang berminat untuk mengundi kali ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat