Pemuda Umno sejak dulu memang vokal isu Melayu, Islam – Ab Rauf

- Advertisement -

KLUANG – Kelantangan Pemuda Umno adalah fitrah sejak zaman- berzaman memandangkan Perlembagaan parti itu sendiri menekankan pembelaan terhadap Melayu dan Islam.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kelantangan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh bukanlah sesuatu yang ganjil atau tidak pernah dibuat oleh pendahulu-pendahulunya yang lain sebelum ini.

“Saya fikir isu Islam dan Melayu serahkan kepada Pemuda Umno untuk bersuara.

“Sebabnya sejak dari dulu lagi sikap dan kelantangan Pemuda Umno memang begitu, bagi saya tak jadi isu pun,” katanya ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu kepada Suara.tv pada Isnin.

Ab Rauf berkata demikian ketika ditanya adakah pucuk pimpinan Umno kurang senang dengan Akmal yang dilihat sangat vokal dalam mengulas isu sensitif.

Untuk rekod, wujud sentimen kurang senang dikalangan masyarakat Cina terutama pengundi Tionghua di Mahkota terhadap sikap Akmal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat