Jangan bawa anasir luar rosakkan perpaduan dalam Johor – Calon BN

- Advertisement -

KLUANG – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah mengingatkan anasir-anasir di luar Johor tidak dibawa masuk ke negeri Darul Takzim itu sekali gus menggugat perpaduan dan keharmonian dalam Johor.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Kluang menegaskan bahawa Johor ada cara tersendiri yang memaparkan Johor yang berkemajuan dan bermuafakat.

“Saya tak nampak tertekan (khabar angin protes pengundi Cina). Tapi jangan bawa perkara di luar Johor ini merosakkan perpaduan dalam negeri Johor.

“Kami Johor ada cara kami, Johor itu adalah Johor yang berkemajuan dan juga Johor yang bermuafakat. Maka itu yang kita nak tekankan, jangan ada anasir-anasir luar ataupun perkara-perkara luar Johor yang boleh merosakkan perpaduan di negeri Johor.

“Ini termasuk kita orang Melayu, Cina dan India. Kita perlu ingat, (untuk) bawa imej Johor menjadi satu yang ‘up trending’ bagi perpaduan negara ini.

“Kami yakin dengan adanya perjumpaan seperti ini memberi keyakinan yang baik untuk warga Johor,”kata Syed Hussien.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Perjumpaan bersama Persatuan Peniaga Tionghua dan masyarakat Tionghua Kluang pada Isnin.

Menurut Syed Hussien lagi, beliau mengambil maklum ucapan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bahawa kemenangan BN di Mahkota adalah sangat penting demi kestabilan ekonomi dan politik Johor dan bukan kerana dirinya sahaja.

“Kemenangan BN di Mahkota bukan kerana Hussien, sebaliknya lebih kepada Kerajaan Negeri Johor yang perlu diangkat dan kestabilan yang perlu dibawa.

“(PRK Mahkota) bukan kerana individu, namun lebih kepada kepentingan rakyat Johor, bangsa Johor, demi kemajuan kerajaan juga.

“Sekiranya mandat ini tidak diberi maka ia akan memberi kesan yang sangat besar terhadap dua modul penting iaitu Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) dan Special Finacial Zone (SFZ). Ini akan memberi impak sekiranya rakyat tidak tahu betapa pentingnya PRK kali ini,” ujar Syed Hussien lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat