War Room BN Mesyuarat Pastikan Parti Benar-Benar Sedia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa War Room Barisan Nasional (BN) bermesyuarat malam tadi bagi berbincang dan meneliti kedudukan semasa persiapan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Mesyuarat War Room itu dipengerusikan Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Malam ini berbincang dengan Jawatankuasa War Room BN di ibu pejabat parti di Menara Datuk Onn bagi meneliti kedudukan semasa persiapan parti,” kata Mohamad di Facebooknya malam tadi.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga memberitahu banyak perkara dibincang dalam mesyuarat tersebut supaya parti benar-benar bersedia menghadapi PRU-15.

Selain Mohamad dan Khaled hadir sama Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat