Wajah pemimpin PH penuh manipulasi, putar belit- Muqharabbin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pimpinan Pakatan Harapan (PH) didakwa memutar belit ucapan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU) pada musim banjir.

Exco Pemuda Umno, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyelar tindakan pemimpin PH yang dikatakan memanipulasi ucapan Zahid dengan niat membangkitkan kemarahan rakyat terhadap BN.

Katanya, ucapan Zahid pada majlis Perhimpunan Gerak Gempur Pemuda BN minggu lalu telah dimanipulasi untuk mewujudkan kemarahan rakyat terhadap BN sekali gus tidak mengundi BN pada PRU-15 nanti.

“Apa yang dimaksudkan oleh Zahid semasa program bersama Pemuda BN ialah sekiranya BN menang PRU-15 ataupun kalah sekali pun, kita tetap akan turun padang beramai-ramai membantu mangsa banjir dan bukannya turun beramai-ramai mengundi masa banjir.

“Jadi, saya berharap rakyat tidak terperangkap dengan mainan politik PH yang telah memanipulasikan kenyataan Zahid itu demi kepentingan politik sempit mereka”, katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Jelas beliau, ucapan Zahid itu telah dipetik hanya sebahagian oleh pemimpin PH seolah-olah membawa maksud BN sanggup meredah banjir semata-mata untuk mengadakan pilihan raya.

“Inilah masalah pemimpin PH yang suka memutarbelit kenyataan pihak lain, mereka tidak boleh lari daripada bersikap seperti itu, wajah PH penuh dengan manipulasi, kata-kata pemimpin PH tidak lekang dengan putar belit.

“Janganlah cuba hendak mengelirukan rakyat menerusi manipulasi dengan niat untuk menimbulkan kebencian,” tegasnya.

Tambah Muqharabbin, pemimpin PH jelas kelihatan telah ketandusan isu sehingga terpaksa memetik ucapan Zahid secara diluar konteks dan memanipulasikannya.

“Rakyat kita kini diyakini lebih bijak dan tahu menilai sesuatu secara matang tanpa perlu dimomokkan dengan kenyataan yang berbaur hasutan ke arah kebencian.

“Bagi saya biarlah rakyat sendiri menilai akan sesuatu, kerana saya yakin rakyat dan juga pengundi hari ini lebih bijak dan memahami segalanya, kita tidak perlu lagi berpolitik secara emosi dengan cuba mewujudkan unsur-unsur negatif dalam pemikiran rakyat dan pengundi,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat