Keputusan mahkamah kes Zahid, Azeez, Wanita Umno anjur majlis kesyukuran

- Advertisement -

SEPANG – Ketua Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad menyatakan rasa syukur diatas pembebasan tuduhan rasuah oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menurutnya, Wanita Umno akan menganjurkan majlis doa kesyukuran sebagai tanda sokongan yang tidak putus kepada kepimpinan parti.

“Alhamdulillah keputusan mahkamah hari ini menyebelahi kedua-duanya Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Kita ahli Umno sentiasa berdoa agar kebenaran itu terserlah.

“Walaupun Azeez dimaklumkan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA), tetapi alhamdulillah, kami Wanita Umno akan mengadakan majlis kesyukuran diatas pelepasan kedua-duanya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian program ‘WoRLd’ Mengarus Perdana Kepimpinan Wanita di Movenpick Convention Centre hari ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Presiden UMNO berkenaan.

Dalam pada itu, bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Hakim Azura Alwi memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Aslinda Ahad mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat