Lebih 9,000 kes keganasan rumah tangga direkod sepanjang PKP – Rina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebanyak 9,015 kes keganasan rumah tangga direkodkan.

Jumlah itu membabitkan tempoh Mac 2020 hingga Ogos 2021,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Menurut beliau, PKP yang dikuatkuasakan kerajaan bagi mengekang penularan jangkitan didapati memberi kesan mendalam terhadap ekonomi dan sosial lebih 32 juta rakyat di Malaysia.

Kata Rina, ia susulan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung insiden keganasan rumah tangga bagi 2020 ialah 5,260 kes berbanding 4,905 kes dalam tempoh hanya lapan bulan tahun ini.

“Jika dihitung insiden keganasan rumah tangga sepanjang PKP dilaksanakan, sebanyak 9,015 kes direkodkan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT), di Dewan Rakyat, hari ini.

Ujar beliau, inisiatif yang sedang dijalankan untuk menangani perkara tersebut termasuk Talian Kasih hotline di 15999 atau melalui WhatsApp di 019-2615999.

“Perkhidmatan ini tersedia 24 jam sehari sebagai satu talian untuk semua komunikasi untuk menyalurkan aduan dan mendapatkan nasihat.

Menurut Rina, 2,286 aduan diterima oleh Talian Kasih dari bulan Mac hingga Disember 2020, diikuti oleh 2,248 aduan dari Januari hingga Ogos tahun ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat