Imbau Langkawi Sebelum Bebas Cukai Di Balai Seni Negara Langkawi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pernahkah anda terbayang suasana Pulau Langkawi sebelum tahun 1980an? Kini anda berpeluang menyaksikan ‘Langkawi Sebelum Bebas Cukai’ di Balai Seni Negara Langkawi.

Pameran foto klasik itu ditayangkan memandangkan Langkawi kini dibuka semula untuk pengunjung yang lengkap dua dos vaksin COVID-19.

Lebih daripada 200 keping foto klasik suasana Langkawi yang mungkin anda tidak pernah lihat sebelum ini.

Pameran foto dan dekorasi Balai Seni Negara Langkawi bertemakan ‘Langkawi Sebelum Bebas Cukai’ yang sedang berlangsung sehingga 31 Januari 2022.

Beroperasi 10 pagi hingga 4 petang dibuka setiap hari kecuali hari Isnin.

Balai Seni Negara Langkawi dibuka kepada pengunjung awam sempena inisiatif projek rintis gelembung pelancongan.

Antara foto-foto lama yang boleh disaksikan di pameran itu ialah poskad air terjun Telaga Tujuh yang terbentuk daripada tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke telaga tujuh atau kolam berasingan begitu juga Jeti Sanatorium di Kuah yang dikenali sebagai jeti Pantai Dato’ Syed Omar dan banyak lagi foto klasik langka lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat